Tuesday, March 23, 2010

tips untuk sentiasa bahagia

bila aku kata bahagia..ramai yg akan persoalkan eh lum kawen dh tau bahagia..ermm setiap org punya prespektif berbeza psl bahagia ni..apa2pun aku nk idup bahagia sentiasa..sebab kebahagiaan ni kunci pada sume masalah...n sekaligus kunci kejayaan

1. Jangan Takut dan riso

Perasaan takut dan khuatir merupakan pkran kita yang paling tidak produktif. Sebagian besar hal-hal yang kita risau atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita bimbang dan takut?

2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam

Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif.

3. Fokus Pada Satu Masalah

Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus coz ianya akan membuat kita semakin stress.

4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda

Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kshtn tidur kita. fkrn bawah sdr kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan

Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil berat gila2 untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut secara tidak langsung itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri.

6. Jangan Hidup di Masa Lalu

Mungkin terasa selesa bagi kita mengingat hal-hal yang manis di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. tumpukan dengan apa yang terjadi saat ini, coz kita pun akan boleh merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita rsai apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.

7. Jadilah Pendengar yang Baik

Mungkin sebagian besar orang termasuk saya susah untuk menjadi pendengar yang baik. sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan apa yg kita luahkan, tetapi sebaiknya dengan belajar mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan perkara baru yang sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.

8. Jangan Biarkan kekecewaan Mengatur dan berjaya menganggu Hidup Anda

kesianla pd diri kita lebih dari apa pun, maksud saya adalah janganlah kita menyerah pada kekecewaan.langkah la kehdpn coz itu yg kita nak kan..maju...maju...dan terus maju..."cayok fiza"... Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.

9. Bersyukurlah Selalu

Bersyukur dan berterima kasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, coz saya percaya dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang blh kita pelajari.

Thursday, March 18, 2010

TQvM 4 de luvly shoes n tshirt.....

Last nite aku p dinner ngn my luvly fiance..
Best woo sbb kebetulan aku mmg lapo sgt
smlm mkn pagi je..then lek umh sakit perut plak..
xtau la pe psal..terasa perut sejuk..
aku bgtau r housemate aku diorg wat air teh panas..
kasi minum r..de plak tye panas ke dh perut aku..
tp layan jela..then aku out ngn en fiance.

igt nk p dinner kat tempat selalu tp kedai tu penuh plak..
maybe de event ramai beno kete..siap de wartawan..
so ktorg p kedai len..
lapo punya pasal..aku telah berjaya menghabiskan
makanan dulu dr en fiance..lapo beno gayanye...

eh back to my topic..smlm aku dpt kasut baru...
sweet gila kasut tu..nasib bek muat..
pandai en fiance beli...comel sgt..suka gila aku..
hehhe..tqvm tau mucuk...best sgt

Wednesday, March 17, 2010

‘Kisah Bapa, Anak dan Keldai’

aku tb2 terigt kisah ni...dulu cite ni member aku penah cte..tp ms tu..aku agk lampi tuk phm ayt tersirat..huhuhu

Kisahnya begini…

Suatu ketika dahulu, sebelum terciptanya kenderaan berenjin seperti motorsikal, kereta dan keretapi, manusia menggunakan haiwan berkaki empat seperti kuda, keldai dan unta sebagai pengangkutan.

Pada suatu hari, seorang bapa yang sudah tua bersama anaknya yang berusia 10 tahun pergi ke pekan untuk menjual seekor keldai peliharaan mereka. Bapa dan anak tersebut berjalan kaki sambil menarik ikatan keldai yang hendak dijual itu.

Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan dua orang pemuda kampung itu. Mereka terdengar perbualan pemuda kampung itu…
“Bodoh betul bapak dan anak itu, ada keldai tidak mahu ditunggangnya”.

Si bapa tua tadi pon memanjat belakang keldai bersama anaknya. Mereka meneruskan perjalanan dengan menunggang keldai bersama-sama.

Tidak lama kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbual-bual di tepi jalan. Mereka terdengar makcik-makcik tersebut mengata…
“Tak berperikemanusiaan betul bapak dan anak itu, keldai yang kecil itu ditunggangnya berdua…”

Terdengar kata-kata itu, bapa yang tua itu pon turun dari keldai itu. Bapa tua itu meneruskan perjalanan dengan menarik keldai yang ditungangi anaknya.

Selepas itu mereka terserempak pula dengan sekumpulan remaja yang sedang bermain guli. Mereka terdengar perbualan remaja itu…
“Teruk betul anak orang tua tu, tak patut disuruh bapanya yang dah tua menarik keldai tu…”

Si bapa terus menyuruh anaknya untuk bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si menarik keldai yang ditungganginya. Mereke pon teruskan lagi perjalanan.

Sampai di satu simpang, mereka beselisih dengan sepasang suami isteri yag sedang berjalan kaki. Si bapa tua terdengar pasangan itu bercakap sesama mereka…
“Kasihan budak kecil itu, tidak berhati perut bapanya menyuruh anak yang masih kecil menarik keldai yang ditungganginya..”

Mendengar kata-kata sinis itu, si bapa tua turun dari keldai dan berjalan kaki bersama-sama dengan anaknya seperti mula-mula mereka keluar rumah.

Sebelum sampai ke pekan mereka bertembung dengan beberapa orang lagi yang bercakap-cakap tentang perihal mereka. Tetapi si bapa dan anak itu tidak menghiraukan cakap-cakap orang itu. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka dengan cara mereka sendiri.

Akhirnya mereka sampai ke pekan dengan senang hati, tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekelilingnya.

Pengajaran dari cerita ini:

1) Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam satu masa.
2) Yakin dengan perkara yang kita lakukan, bukan ikut apa yang orang lain kata.
3) Kebanyakan orang di sekeliling kita suka mengata dan mencari kesalahan orang. Abaikan mereka! Inilah penghalang untuk berjaya.

Friday, March 12, 2010

credit 4 my luvly fiance

hehehe...pagi td aku g bekfast then tgk kat tyr dh nmpk yg pelik..pe lagi tgk r secara dekat mak ai...tayar aku ke nii(dlm hati aku ermm plan nk beli hp aduyai tayar yg dpt).xpela kete ni banyak berjasa kat aku.mau xnye dia jd cmtu kete ni dh berjalan banyak sgt dhla tuannye mls nk menjaga kesiann kete nii..

aku pun pe lagi wat aduan kat 013XXX8112(en fiance) psl mslh tayar aku nii..aku pun tye..."leh ke smpi kg kalau keadaan tyr camni?"..setelah mendengar advice so aku decide tuk p tukar tayar sebelum balik...

aku p tukar tayar with en fiance n best fwen kami..tq la u all sbb teman aku tukar tayar..aku ni bukan tau sgt psl bda2..yg paling best hr ni en fiance banje tukar tayar baru...hehe tq yer.susah je banje...kalau leh banje la lagi...wakakaka