Showing posts with label qaireen nurfathia. Show all posts
Showing posts with label qaireen nurfathia. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

WW:FATHIA & FIRAZ






Wednesday, July 24, 2013

WW: Qaireen NurFathia 1Y10M






Friday, July 12, 2013

Kerja Vs Holiday.....#holiday#Jb#USS#Singapore#

hahahha...holiday tahun 2012...tahun ni baru nk update...hahhahah
act holiday mmg dh plan nk p uss dan legoland time hari biasa
sebab xmo p ramai org sgt.tapi xdpt di elakkan disebabkan ade kursus time tu so kene la p uss 
hari sabtu ahad jugak..

gile lama dok jb sampai seminggu dok sana
anyway tqsm kat hubby sebab leh cuti lama
yang best si budak chumel la yer.
(eh ke mama dia yang syok)












Friday, September 14, 2012

Qaireen Nurfathia 1st Birthday



Last week Aku n En hubby wat celebration QNF. Ingat nk celebrate bertiga je tup2 ayah dia kata jom la kita wat kenduri skit sekaligus leh wat opeh house hahhahha sebelum nk celebrate tu.alhamdulillah akhirnya dapat gak we all buat kenduri skit tuk cinta hati kami.tqvm pada mak mentua yang menyediakan beberapa hidangan yang sungguh superb.

to Qaireen Nurfathia tq so much sebab qaireen dan membuatkan kitorg happy bertambah ceria dlm hidup mama dan ayah.mama doakan agar qaireen akan menjadi anak yang solehah,patuh pada mama dan ayah,menghormati orang tua, taat pada Allah dan berjaya didunia dan akhirat ye dear .mama n ayah luv u so much..

anyway we had so much fun that day!! tqvm to all of you who came n join us 2 celebrate Qaireen Nurfathia Bt. Mohd Fauzan Azim 1st birthday!.. A deep n heartfelt tq for all the wishes, doa, Duit Raya n gifts! Semoga Allah merahmati kita semua.. Amin!





 



Wednesday, September 5, 2012

#holiday#penang#2012

Wednesday, June 20, 2012

Perjalanan Penuh Cabaran part 2

sambungan...


hari aku xletak gambar kan..yang post kali ni baru letak..apa yang nak diceritakan memang best r p jalan2 kat sini byk bda leh aku beli itu yg iye hahaha..hari best skit sebab leh g jln2 area batu buruk p jalan2 kat town p pasar payang...





 jalan - jalan area pasar payang & batu buruk



hari terakhir di terengganu kami p taman tamandun islam tu pun lps en hubby abis kursus alhamdulliah best woo tempat ni..tgk je la gambar dia ek..







nanti ade masa kita p lagi ek...ade byk bda kami xp jelajah sgt hahhahah



Monday, June 18, 2012

Qaireen Nurfathia 9mths

Qaireen 9months



Perkembangan Qaireen Nurfathia 9 bulan

1. dah mula merangkak tp skit2 je
2. Qaireen skung tgh wat latihan askar laju kemain kalah askar kalau dia menjulur
3. kuat membebel sorg2
4. dh asyik nak main je..maklum la tgh dok explore 
5.qaireen ni suka p jalan2 amboi jgn camtu penat mama ngn ayah t
6. orang kalau jumpa tye dia ade gigi ke pandai jalan dh ke?? xpela qaireen lambat skit ek gigi tumbuh yer
jalan ermm nampak cam pandai jln sbb suka dok manjat n soh lpskan diri tp sebenarnya lum lagi hahaha

apa2 pun kami sayang sgt sama kamu..sangat comel sgt dengan ragam2 yang kamu buat...






Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday: anak mama versi cartoon






Monday, May 7, 2012

Qaireen Nurfathia 8 mths

 Qaireen Nurfathia 8 mths

happy sangat sbb qaireen membesar dengan jayanya.syukur alhamdullilah. Perkembagan anak mama skung

Perkembagan anak mama skung.Qaireen dah pandai kenal orang esp ayah dia..pantang nampak ayah dia sure soh amek dia..pehtu kalau ayah dia siap2 nk g men badminton xbwa dia mula r nagis..pastu lebih rapat ngn ayah dr mama..tp mlm pandai plak memerap kat mama dia hahahha




Perkembangan Qaireen Nurfathia 8 bulan

1. dah pandai kenal orang...
2.dah pandai lambai2 kita bila kita nk p work
3. dah pandai cakap2 (tapi bahasa dia la)
4. dah pandai nyanyi (sedap woo) esp bila dia nk tdo
5.time kitorg mkn dia akan sibuk nk mkn jugak..
6.manja sgt budak nii kalau jumpa org yg dia suka asyik nk manja2 ish2 geram tau..
7.dak ni xsuka dok umh suka sgt berjalan2 ish2 anak mama tul..best2
8.still lagi bf tp skung mama dia dh start  bg dia fm sbb dia ni ssh poo poo huhu tp dia ni lebih rela minum air masak dr minum fm ish2...




Monday, April 9, 2012

Qaireen Nurfathia 7mths

pejam celik pejam celik
qaireen sudah pun berusia 7bulan syukur alhamdulillah 
anak mama membesar dengan sehat
detik2 melahirkan qaireen masih lagi segar dipikiranku..
bahagia rasanya bila dapat melihat dia membesar dengan sehat...



perkembangan qaireen sekarang


masih lagi bf ngn mama dia...
bila makan sure lebih gemari masakan mama dia
(walaupun xde la sedap bangat tp blehla yer syg)
bergolek2 mmg kerja dia sehari2
membebel bila hatinya senang
bila bgn tido suka sangat senyum..
suka berkepak2 soh org amek dia..
pantang nmpk org nak jln..sure nak ikut...
dan dah pandai kenal org 
memilih jugak tuk dia diamek...
ish2 bijak2 




Saturday, March 17, 2012

Qaireen Nurfathia 6mths


hahah lama dh draft ni disimpan..memandangkan keadaan mama dan anaknye yang kurang sihat so kene pending publish...ahahah patutnya qaireen kene p cucuk 4hb tapi hari tu ahd so kita pi cucuk isnin la ye..tgu punya tgu mama dan ayahnya sgtla sibuk smpi xsmpat nak bwa anak dia p cucuk..kesian  qaireen yer..jumaat tu plak dia cm xsehat amk dr umh pengasuh mata dh berair igtkan nape rupanya mlm tu dh meragam xsedap bdn..so xdpt la mama bwa qaireen p perasmian stadium astaka..lagipun hari hujan...so kt stay umah biar ayah sorg je yang pi...






mlm tu dlm kul 10 lebih lps kasi qaireen minum dia muntah plak..ish apsal lak anak aku ni..so call hubby soh blk la..risau plak tgk anak ni..so ms tu dia mmg ssh nk tido sbb dh mula batuk n selsema kesian sgt..so try usap2 n ltk vicks je..supaya dia rs selesa, tdo pun xbape lena asyik nak dok atas bahu ayah dia je..manja tul. tgh2 tdo terjaga nagis masa tu kul 2 pagi. tapi nmpk sangat dia cm xselesa tgk kat bontot dia nampak najis yg xkuar2..nmpk cm pejal je kesian qaireen dia still nagis..so bila nmpk mcm dia asyik nagis je ajak hubby p klinik masa p klinik doctor cek itu ini dan cte psl qaireen..doktor xmo kasi ubat sbb baby sgt muda.akupun tanya so cmne anak sy ni..doktor ckp sy tgk anak u nampak comfort je so sy rs dia xde mslh...
aku pun blk la...tapi mmg sgt kesian ngn qaireen dia xleh nk ltk so aku ngn hubby gilir2 la pgg dia sbb dia nk tidor atas bahu kita...sgt2 kesian..

sok pagi2 kami siap2 bwa dia p klinik yeak untuk cucuk 6bln..smpi je turns qaireen dia senyum ngn doktor ms tu perggh haa okla kot sbb dia senyum tup bila kene cucuk wat muka xpuas hati ngn doktor hahaha lawak je...terus dia nk ayah dia peluk dia...smpi doktor kata wow manja tul anak u ni yer...yela selalu qaireen ni merengek bila kene cucuk maybe sbb dia xbpe sehat so meragam la hari nii

now cte psl perkembangan qaireen nurfathia
 -dah pandai menerap dgn jayanya...
 - pandai dah kalau org kasi tgn berkepak nk ikut jln
 - kalau ayah n mama siap2 ha apa lagi jerit mintak   diambil...
 - xleh ltk tempat2 kecik sbb kawasan jajahan dia smkn luas
 - xleh nk diam bila dlm carseat biasala dh makin    membesar
 - suka mkn esp mama dia yg masak....
 - suka senyum bila bangun pagi..
 - suka sgt bila dibawa jln2..

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday:cinta hati kami

Monday, February 27, 2012

sudah 5bulan anak mama nii

Perkembangan bayi anda pada usia 5 bulan


Duduk dengan sendiri 

QNF :bila letak dlm bouncer atau car seat kepala mesti xmo sandar bajet diri tu dh leh duduk mcm org besar dan suka sangat nak ambil brg2 yang dia nampak






Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika di ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Dia juga mungkin akan duduk seketika tanpa bantuan -- namun anda haruslah berada berdekatan untuk menyediakan sokongan dan mengelilingi bayi anda dengan bantal untuk menahannya jika terjatuh. Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri. Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya. 


Mengulangi bunyi yang disukainya 


QNF : selalu membebel2 apa ntah sampai kdg2 risau dia xde suara sbb guna suara serak2 tu...dan suka dengar bunyi katon hutos esp moya n nado..




Bayi anda sedang menambah bunyi-bunyi baru ke dalam himpunan bahasanya, dan mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang. Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah. Oleh itu, mendengar bunyi yang sama yang diulang beberapa kali oleh bayi anda boleh membuatkan anda rasa tak sabar, tetapi eloklah jika anda bersabar buat masa ini sebab fasa ini akan menyediakan anda untuk menghadapi fasa di mana perkataan "tidak" dan "kenapa" akan disebutkan bertalu-talu apabila bayi anda sudah boleh berjalan. 

Cukup kuat untuk makan sendiri 


QNF : lum lagi makan dak chumel ni next mama kasi mkn yer. walaupun dia suka isap jari nampak cm sgt lapo..huhuhu.ada la try kasi susu tepung kat dia sbb rs dia xkyn ke tapi mak ai xmo n siap majuk sampai tdo la dia ni bila susu tepung citt pandai tul dia trace susu mama n susu tepung ek...

Walaupun bayi anda mungkin berupaya untuk memegang botol susu sendiri, jangan dudukkan bayi anda dan membiarkannya makan sendiri. Bayi anda akan berupaya duduk sendiri dengan lebih baik dan menggenggam objek kecil hanya selepas usia enam bulan. Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda. Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan. 

Belajar mengenai sebab dan akibat 


QNF : dan pandai nak sembang2 ngn kita.kalau org dok sembang tgk muka dia atau main cak cak mak ai suka kemain.tp ni pun ikut mood dia la..yg plg best bila org dok kata dia xmo minum susu tepung ke apa ke dia kan tgk je kita n wat muka kesian.

Kebolehan bayi anda untuk berinteraksi dengan anda, orang lain dan persekitarannya meningkat setiap hari. Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula bermain-main sebab dia telah mula memahami bahawa tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu. Dia mungkin akan menjatuhkan objek hanya untuk melihat anda mengutip objek tersebut atau untuk melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Walaupun ini terasa amat memenatkan, namun begitu, lebih baik anda cuba membiasakan diri dengan tabiat ini. Dalam masa beberapa minggu nanti, tindakan bayi tersebut akan dituruti dengan gelak ketawanya yang amat meriah. 

Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut 


QNF : suka kasi dia main mainan dia yg byk warna  dan diaakan nk amek bda tu...hahaha lawaknye bila xdpt dia akan menjerit 

Bayi anda semakin mahir dalam mengesan objek yang sangat kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin boleh mengenali objek selepas melihat hanya sebahagian daripada objek tersebut – justeru membina asas untuk permainan sorok-sorok yang akan anda mainkan dengannya pada bulan-bulan berikutnya. 

Sebelum ini bayi anda sudah belajar membezakan antara warna-warna terang yang sama. Sekarang dia akan mula dapat mengasingkan perbezaan-perbezaan yang kurang ketara antara warna-warna lembut. 

Mempertajamkan deria terhadap bunyi 


QNF : bila panggil nama dia akan tercari n kalau kita tgh call ke apa ke wat loudspeaker dan org tu panggil nama dia mula la dok mencari sapa panggil nama dia...

Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru. Salah satu cara paling menarik untuk menarik perhatian bayi anda adalah dengan menggoyangkan satu set kunci. Peranggu angin juga adalah penarik perhatian yang bagus. Sekarang, bayi anda mungkin akan memerhatikan mulut anda dengan rapi apabila anda sedang bercakap, dan cuba untuk meniru pengubahan (fleksi) dalam nada suara dan mengungkap bunyi-bunyi konsonan seperti "m" dan "b". Bayi berusia lima bulan sudah boleh mengenali bunyi nama mereka sendiri. Perhatikan bagaimana anak kecil anda memusingkan kepalanya bila anda memanggilnya atau bercakap mengenainya dengan orang lain.

Mudah mengalihkan perhatian 


QNF : haa ni paling xleh blah yela org sibuk nak shopping dia plak xnk dok dlm stroller kalau nk pun kejap2 pastu letak nk berjalan je xmo stop aduhai...kasi la mama n ayah nk shopping syg..cuba ada satu hari je masa tu kat tesco kami kasi dia lagu br dia diam tu pun siap membebel2 hahahha

Apabila bayi anda mula meragam di pasaraya pada bulan ini, anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya hanya untuk sekejap masa. Cuba melekakannya dengan membuat muka-muka yang lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tangan. Menepuk tangan anda atau memberikan dia sesuatu untuk dipegang juga boleh mengalihkan perhatiannya. 

Perkembangan pelbagai emosi 


QNF : qaireen dah pandai kalau ada yg tinggikan suara ngn dia akan buat muka sedih kdg2 sampai nagis kesian dia pdhal org tu mmg suara dia besar kot..kalau tgk muka mama dia atau mama dia dok kat dapur senyum ngn dia sure dia suka sampai ayah dia kata muka mama tu lawak ke qaireen huhuhu

Bayi tidak boleh menzahirkan perasaan mereka secara kompleks seperti orang dewasa. Walaupun mereka dapat memberitahu anda bila waktu mereka marah, bosan atau gembira, mereka tidak boleh meluahkan rasa kasih sayang ataupun berjenaka pada beberapa bulan pertama, tetapi perkara ini akan mula berubah. Setelah berumur lima bulan, bayi anda akan menunjukkan ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik. Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda. Dan dia juga mungkin akan mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka yang kelakar dan akan cuba membuat anda ketawa juga. 

Bagi kebanyakan ibu bapa, di sinilah keseronokan bermula. Anda akan mendapati diri anda kembali dan menyertai dunia bayi semula apabila anda membuat muka-muka mengarut dan bunyi-bunyian yang ganjil, serta bermain pantomim dan membuat mimik muka. 

Adakah bayi saya berkembang secara normal? 


Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan 
pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu. 

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan perkembangan bayi anda, sila rujuk doktor anda. 

Thursday, January 5, 2012

qaireen sudah 4months

alhamdulillah syukur anak mama skung dh 4 bulan cepat je rasa masa berlalu. skung dh best sbb anak mama senang nk handle dah sbb waktu tidurnye dah teratur itu yg paling best mama tdo dia pun tdo dia xtdo mama tdo dh huhuhu (nasib ayah ada)


perkembangan cinta hatiku

1. masih lagi BF kan qaireen nurfathia walaupun susu skung merosot skit tp xpe aku usaha lagi kasi untuk kasi anak mama ni makan n minum yer syg.






2. Dengan jayanya skung dh meniarap bila letak tempat yg luas skung dia akan mengiring2 kan badan dan terus meniarap tapi bila tangan dia xberjaya lepas mula la menjerit smpi nagis minta bantuan huhuhu.tp sj biar dia usaha sendiri pastu dia akan angkat kepala dia itu paling best tgk

3. Suka senyum dan membebel(tapi bahasa dia la)tambah kalau org asyik bersembang dialah orang suka nk ckp kononnye nak kita layan dia...





4. kalau kita dok agah dia erm mmg akan gelak.kdg tu smpi penat dia ayah dia plak yg risau takut  anaknye ssh tdo huhu..






5. Qaireen ni suka mandi atau main air.kalau kita mandikan dia muka dia pergh comel je..nanti kita ajak ayah p waterpark yer...

6. Tido malam ermm ni paling xleh nk atasi lagi mak ai mlm b4 tdo dok selimut tgk pagi dh dia cmpk n katil tu dia sorg je yg punya.leh thn jugak budak ni




















Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday : 4 months