Friday, January 20, 2012

mood pagi jumaat : anak amanah allah


Anak adalah AMANAH
 
Hadis Rasulullah SAW: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.” – riwayat Bukhari dan Muslim.

 
Pilihan di tangan kita untuk mencorakkan mereka...
"Jika anak hidup dalam kesabaran, dia belajar jadi penyabar.
Jika anak hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak hidup dalam penerimaan, dia belajar untuk menyayangi.
Jika anak hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri.
Jika anak hidup dalam galakan, dia belajar jadi yakin.
Jika anak hidup dengan ilmu, dia belajar memahami pesekitaran.
Jika anak hidup dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup.
Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik, dia belajar berfikir dengan baik.
Jika anak hidup dengan kemahiran, dia belajar berdikari.
Jika anak hidup dengan adab, dia belajar sopan santun.
Jika anak hidup dengan keyakinan, dia belajar membina jati diri.
Jika anak hidup dengan penghargaan, dia belajar membina maruah diri.
Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar peka terhadap penyakit.
Jika anak hidup dengan kejayaan, dia belajar erti kebenaran.
Jika anak hidup dalam keselamatan, dia yakin pada diri dan orang lain.
Jika anak hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia tempat memberangsangkan.
Jika anak hidup dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
Jika anak hidup dengan al-Quran, dia belajar mengenali Tuhan.
Jika anak faham Al-Quran dan Hadis, dia faham apa itu akhirat.
Jika anak hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam kekerasan, dia belajar melawan.
Jika anak hidup dalam caci maki, dia belajar jadi pembenci.
Jika anak hidup dalam iri hati, dia akan belajar salahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam menderita, dia akan belajar putus asa.
Jika anak hidup dengan hukuman, dia akan jadi pendendam.
Jika anak hidup dalam penghinaan, dia akan membina maruah diri yang rendah
Jika anak hidup dengan sumpahan, dia hanya faham maksud kegagalan.
Jika anak hidup dengan air mata, dia belajar dunia hanya ada derita...."
Ya Allah!! Jadikan hamba-Mu ini anak yg soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kami dan jadikan anak2 kami hamba-Mu yg soleh dan solehah, penyejuk hati dan pembantu kami di akhirat nanti, amiiinn!!

sharing is caring.
info dari SINI

Monday, January 16, 2012

sorry yer qaireen

last friday sgtla kesian pada puteri aku tu...bkn apa dr pg dia xmo minum susu n asyik nagis je..tghr tu bs aku call soh dtg umh dia soh aku df kat baby sbb dia asyik tolak2 xmo minum n nagis2.bak kata bs aku tu anak aku senang nak jaga asyik senyum n dok ckp (bahasa dia la kan) tapi dr pagi dia asyik menagis je sgt la merisaukan.so aku pikir maybe dia nak berak sbb dia ssh berak..

so lps aku df dia nmpk la ok skit dan bs aku kata dia dh letak minyak kat qaireen sbb nak kasi qaireen lega tp sama jugak. qaireen nmpk cm xde mood masa aku dtg tu aku pun ssh hati gak pk pasal dia nii..ish2 nape ek..

ptg tu bgtau kat hubby dr pagi qaireen asyik nagis n xde mood so kami pun terus ke klinik pakar kanak2 padahal br je smlm p sbb kulit dia cam nmpk kering.

doktor ling : eh smlm u dtg kan hr ni kenapa yer???

mama qaireen : anak i asyik nagis and xmo myusu la doktor ke sbb dia xleh nak poo poo. sbb anak i ni ssh nak nagis beria cam nii..

so doktor terus cek qaireen 

doktor ling: perut dia ade sedikit angin. so saya kasi u ubat n   try kasi ubat ni yer.u pun kene jg pemakanan dan try mkn yogurt ok

mama qaireen : ok tq yer doktor 

dia kasi ubat untuk masalah sembelit dan angin tu.. kesian dia xde mood je aku tgk dia. mlm tu aku pk apsal ek dia angin . pk punya pk apa yg mkn baru terigt aku de mkn kuih kasturi. sbb kak yan penah ckp kuih kasturi tu angin. Maybe Qaireen xtahan kesian anak mama

so lps ni mama akan igt dulu sebelum makan yer syg..insyallah mama akan menitikberat setiap makanan yang mama ambik.. mama xleh tgk anak mama nagis2 cm hari tu..xsyok la sbb qaireen kan suka senyum n sembang2 ngn mama. sorry tau qaireen nurfathia..

Thursday, January 12, 2012

Bayi tak berak

sebenarnya fiza dah alami masalah ni sejak qaireen abis pantang so akan risau yela ibu mana yang xrisau tgk anak yg xberak kan.tambahan pula baby so perasan risau tu akan ade pada sume ibubapa



Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi saya pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak berak selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu

Apa yang perlu di ambil perhatian?
(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi 

yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?

(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut

Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Anak sulung saya pernah tidak berak selama seminggu ketika minum susu ibu sepenuhnya tanpa makanan lain dan tidak mengalami apa-apa masalah.

Wednesday, January 11, 2012

aku terlanggar kawan aku sebab aku tak tahan

entry kasi suspen tapi sebenar bda ni lawak jugak..huhuhu aku amek bda ni dr aku bc satu blog tu..hahaha jom try


) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

sumber dari :http://heavilyspiced.blogspot.com

Friday, January 6, 2012

outing with kere kengkang group

setelah sekian lama aku xlepak2 act bukan lama sgt pun
yele start pantang n cuti bersalin jarang la lepak2
esp main bowling niat dihati mmg nak main
tapi rs biarla lps 6bulan la baru nk wat aktiviti yang cmni..
nk kasi luka tu betul2 sembuh eceh konon la..








so mlm ni surela bwk sekali si cinta hati aku nii
alhamdulillah dia xmeragam baik sungguh anak mama ni yer.
walaupun kat situ mak ai bising tapi sbb qaireen dh biasa so dia leh tdo cuma bgn bila nk nyusu je
so sgt la bgs anak mama ni yer
lps ni lehla bwa jalan2 lagi

sbb qaireen nurfathia sgt la baik...syg dia.

Thursday, January 5, 2012

qaireen sudah 4months

alhamdulillah syukur anak mama skung dh 4 bulan cepat je rasa masa berlalu. skung dh best sbb anak mama senang nk handle dah sbb waktu tidurnye dah teratur itu yg paling best mama tdo dia pun tdo dia xtdo mama tdo dh huhuhu (nasib ayah ada)


perkembangan cinta hatiku

1. masih lagi BF kan qaireen nurfathia walaupun susu skung merosot skit tp xpe aku usaha lagi kasi untuk kasi anak mama ni makan n minum yer syg.






2. Dengan jayanya skung dh meniarap bila letak tempat yg luas skung dia akan mengiring2 kan badan dan terus meniarap tapi bila tangan dia xberjaya lepas mula la menjerit smpi nagis minta bantuan huhuhu.tp sj biar dia usaha sendiri pastu dia akan angkat kepala dia itu paling best tgk

3. Suka senyum dan membebel(tapi bahasa dia la)tambah kalau org asyik bersembang dialah orang suka nk ckp kononnye nak kita layan dia...





4. kalau kita dok agah dia erm mmg akan gelak.kdg tu smpi penat dia ayah dia plak yg risau takut  anaknye ssh tdo huhu..






5. Qaireen ni suka mandi atau main air.kalau kita mandikan dia muka dia pergh comel je..nanti kita ajak ayah p waterpark yer...

6. Tido malam ermm ni paling xleh nk atasi lagi mak ai mlm b4 tdo dok selimut tgk pagi dh dia cmpk n katil tu dia sorg je yg punya.leh thn jugak budak ni




















Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday : 4 months