Thursday, July 7, 2011

Plasenta previa(uri di bawah)



Basically, kedudukan uri ke bawah ni normal pada awal kehamilan. Semua ni tak der penyebab..kuasa kejadian ALLAH. Keadaan uri di bawah lebih bergantung kepada lokasi perlekatan embrio pada dinding rahim. Bagi embrio yang melekat di bahagian atas, ia tidak mempunyai masalah ini.

Sebaliknya, jika ia melekat di bahagian bawah rahim, uri yang kemudian terbentuk juga berada di bawah. Namun, tidak semua keadaan uri bawah akan kekal di bawah.
Jika uri sudah ‘naik’ ke atas, ia tidak akan turun semula. Namun, dalam 10 peratus kes, ia kekal di bahagian bawah dinding rahim apabila anda memasuki bulan ketujuh (28minggu ke atas) dan anda dikatakan mengalami keadaan plasenta previa

keadaan uri aku berada di bahagian bawah ketika kandungan berusia 4 bulan so doktor kata masa 7bulan kita cek untuk tgk blk samaada dh berubah ataupun sama...so mgu lps usia kandungan 29 minggu so aku plak terlepas tarikh cek di klinik sitiawan..apa lagi aku pun rs cm xbest sgt p la klinik pakar dh alang2 nk wat 3D leh la tgk uri sekali...

pukul 1 terus ke SMSC sampai je sana upe2 dah waktu rehat so aku pun tye register dulu leh...dia pun kata ok..n MFA pun register sekali sbb dia demam...so lps kul 2 dtg situ lek..klinik ni lama skit xtau la naper ramai org ke apa ke??atau doktor dia terlalu details wat pemeriksaan...kalau cm tu ok le tu..tgu punya tgu smpi la turn aku...

masa tu aku ckp nk wat 3D untuk baby..dia pun godek2 perut aku kesini kesana tapi still baby aku xmo bg tunjuk muka...dia lebih suka dok nonggek..hikhik so doktor tgu gak beberapa minit tuk bg dia kasi aku tgk tapi xberjaya...so xpela...aku pun soh dia check uri aku..dia cek2 kata aku punya uri dh type 2 border to type3 mak ai tiba risau plak jdnye..kalau klinik kerajaan ni confirm aku dh kene admit...

tapi dia de ckp bila dh 33minggu maybe  plasenta aku boleh kembali ke asal atau memang aku  akan di c-zer kalu disahkan plasenta previa..aduhai sedihnya..dan aku sj la tye..kalau kes cmni u nk x amek sy jd patient u..dia kata kalau tyep 2 dia leh amek if type 3 xleh la...lagi la aku sedih

ini adalah caranya untuk membetulkan keadaan uri tu...aku dh try tp hasilnya xmengumbirakan...

Senaman L

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi (selepas solat subuh) dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’.
Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Kalau mampu tahan nafas 10-15 saat. Menarik nafas dengan menggunakan perut. Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

 Sujud/ amalkan bacaan surah2 lazim ibu mengandung

Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah. Lakukan lah solat2 sunat..yang membawa bacaan sujud yang lama. Dan amalkan bacaan Al quran.
Pujuk Bayi 

cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi.
Berurut

Sehingga hari ini punca berlakunya Plasenta Previa ini tidak diketahui.Ramai wanita membuat salah tanggapan bahawa plasenta previa boleh dibetulkan kedudukannya atau dielakkan. Berurut juga tidak dapat membetulkan kedudukan uri. (errr..uri/plasenta berbeza dgn rahim kan?rahim jatuh le sengkak ke atas tapi bukan uri.Uri melekat pada dinding rahim kan?samaada atas atau bawah ikut perlekatn embrio..)

Uri juga tidak seperti janin, uri tidak boleh bergerak sendirinya atau digerakkan. Uri yang berbentuk seperti piring berdiameter selebar sekitar 20 sm ini melekat keseluruhannya pada permukaan dinding rahim sepanjang kehamilan sehinggalah setelah lahirnya bayi.

so,tak digalakkan berurut..sebab kalu salah urut,uri terpisah dr dinding rahim.
Uri dan tali pusatkan merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim. so faham2 je la...tapi masa aku p jumpa bidan bukan la urut dia hanya pegang2 n sembang2 ngn baby aku je...

Emm..usaha,doa dan tawakal.
Apa Allah tentukan untuk kita ada hikmahnya..kita hanyalah PINJAMAN.
(sedihnya ayat..waaaa....takutnya..)

3 comments:

~YUN~ said...

dear,yun dulu pn uri kat bwh..make sure jgn buat keje berat k..amalkan lepas solat bc ayat kursi and usap perut k,insyaAllah nti lame2 uri naik..take care k dear!

anyway yun dah follow and link ur blog! =)

nurul_luq_luq said...

yeke...insyallah t nurul try wat..tq yer..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.