Wednesday, June 22, 2011

kene cari hobi baru niii

alamak macam mana nii...nampak gaya mmg kene tukar hobi la... aku ni mmg suka gile tgk tv...kalau dok umh tu mmg keje aku tgk tv..its my fav kata ko tiba2 aku terbaca plak artikel dari berita harian  ish2 mmg jd insaf sekejap la jawabnye...

Mereka yang menghabiskan lebih banyak masa di hadapan televisyen lebih berisiko untuk mendapat penyakit diabetes dan jantung, walaupun menonton hanya dua jam sehari, menurut satu kajian. 


Setiap hari, penduduk Amerika Syarikat menghabiskan purata kira-kira lima jam menonton televisyen, manakala penduduk Australia dan Eropah antara 3.5 jam hingga 4 jam sehari, kata penyelidik yang diketuai Frank Hu, di Sekolah Perubatan Harvard.

Untuk fakta, rakyat Malaysia pula mempunyai purata jam menonton TV yang lebih tinggi, iaitu antara 4 hingga 5 jam sehari.   

“Mesejnya mudah. Mengurangkan masa menonton TV adalah satu langkah penting untuk mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung,” kata Hu. 

Mereka yang duduk di hadapan televisyen kurang melakukan senaman dan banyak memakan makanan tidak sihat, katanya. 

“Kombinasi gaya hidup duduk, diet tidak sihat dan kegemukan mencetuskan ‘satu pembiakan sempurna bagi diabetes jenis kedua dan penyakit jantung.” 

Ini bukan kajian pertama dikaitkan dengan masa menonton televisyen yang mempunyai kesan penyakit. Kebanyakan kajian mendapati kaitan yang kuat kepada obesiti dan satu laporan pada 2007 mendapati lebih banyak masa televisyen dikaitkan dengan tekanan darah tinggi di kalangan kanak-kanak obes. 

Dalam kajian terbaru yang disiarkan dalam Journal of the American Medical Association, Hu dan rakannya meneliti lapan kajian untuk melihat kaitan antara masa menonton televisyen dan penyakit, yang secara keseluruhan meliputi lebih 200,000 penduduk untuk tempoh purata 7 hingga 10 tahun. 


Hu dan rakannya mendapati bagi setiap dua jam sehari masa menonton televisyen, risiko untuk mendapat penyakit diabetes meningkat 20 peratus, manakala penyakit jantung meningkat 15 peratus. 

Setiap dua jam sehari masa menonton televisyen meningkatkan risiko mati sebanyak 13 peratus. Berdasarkan keputusan itu, Hu dan rakannya menganggarkan di kalangan sekumpulan 100,000 orang, sekiranya mereka mengurangkan masa menonton televisyen sebanyak dua jam boleh menghalang 176 kes diabetes baru, 38 kes kematian akibat kardiovaskular dan 104 kematian pramatang, setiap tahun.

Monday, June 20, 2011

My 1st Annivesary.....


Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya.Genaplah usia perkahwinan kami walaupun baru setahun tapi syukur sgt..bukanlah nak dibanggakan dengan usia yang setahun jagung ini, cuma guideline diatas pengalaman kami sbg suami isteri agar semakin matang melalui kehidupan.Kematangan itu penting bagi kami sbg suami isteri dalam menempuh dugaan yang tidak di duga...

18 June 2011
tarikh keramat bagi kami....

hanya nak ucapkan 
"Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama"


buat MFA yang tersayang
yang dekat dihati dekat dimata,
tq atas segalanya...
dan ribuan kemaafan,
 andai selama menjadi isteri kamu ada kekurangan dan kelebihan

So semalam sempatlah celebrate...niat di hati mau p berlibur tapi memandang keadaan
yang x begitu sesuai
cukuplah g cuci2 mata sambil menambahkan berat badan
itu pun best giler rasanya...

barang2 yang mengidam pun dh selamat dpt sempena hari ulangtahun kami...


ice cream ni sedap bangat...tapi xleh selalu..manis nii


MFA ckp mak ai manisnye...





so next year hope leh la celebrate ngn baby plak insyallah
semoga Allah permudahkan urusan kita yer sayang...

Thursday, June 16, 2011

yehaa cik suami aka MFA mau pulang ini hari

pejam celik pejam celik
alhamdulillah sudah tiba hari yang ditunggu
MFA mau pulang..

tapi ntah pukul berapa la dia sampai
xkesahla janji selamat sampai..
mudah2an semoga selamat

tadi masa msg ngn MFA 
hp nye plak batt low..
so xleh la nk msg..tgu je la jawabnya..


Wednesday, June 15, 2011

hari ke- 2 tanpa kamu..

pagi td bgn tgk kamu xde kat sebelah..
wuargh sedih tul...
alahai gedik plak aku..nak jadikan cte.
.masa kamu xdela tnb nk wat kerja
malam tadi xde letrik...
argh takut dh la kucing kat  ats tu dok main2..
lagi la wat aku makin takut...

selalu pagi2 kamu yg siram pokok n bg ikan makan
hari ni kene la siram pokok kesayangan kamu tu 
dan  bg ikan2 makan...\

hari ni makan skit je bukan sbb xlalu mkn
tapi cuma takut berat bdn jd lebih2 
sbb nurse kata jaga mkn
kaki pun dh bengkak..


haa suka2 sok kamu dah balik sini
yehaaa...suka2

Tuesday, June 14, 2011

rindu Kamu...

hikhik...sebelum pulang meh nk wat entry sedih skit...
ari ni sunyi tanpa kamu disisi 
nasib 3hari je kan..
kita tunggu kamu yer..

tapi kan.......
sapa mau kacau saya tgk tv...
sapa mau main tendang2 bola nii
tapi xpe..harap kamu sehat2 kat sana tau...

tapi hari nie dari pagi baby asyik dok kick je..
maybe dia kata saya de tuk jd peneman..
so sy x risau...hikhik
dan kamu pun jgn risau yer..

tapi tima kasih byk2 sbb kamu dh repair air cond n make up kete sy
 sebelum kamu pi sana...
aduh belum sehari kamu pergi, gue sudah kangen sama kamu...
wuargh..

Friday, June 10, 2011

boy or gurl...



sejak perut aku dh kelihatan 
sume org jumpa ngn aku sure akan tye
dah scan ke??anak apa ek??
so aku akan jwb suprise hikhik....

so ada la yg teka laki ada yg teka pompuan 
tekaan di buat berdasar ciri2 perut aku tu
bagi aku xkesah la laki ke pompuan
yang penting dia sehat dan aku selamat melahirkannya.
hopefully semuanya berjalan dengan lancar & baby kami sihat sejahtera.....
Amin..pray for us tau...

Thursday, June 9, 2011

harga astro nek mulai 11 julai 11


Astro melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai 2011. Bagaimanapun, Pek Famili dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro di sini hari ini, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.

“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.

“Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.

Para pelanggan boleh menikmati lebih banyak program hiburan yang menarik pada masa akan datang, seperti acara sukan ditawarkan dalam HD termasuk Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League, EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dalam teknologi definisi tinggi.

Saluran baru melibatkan saluran HD pula adalah Discovery World HD, Sundance HD, sebuah saluran sukan sukan HD dan lebih banyak filem-filem dalam bentuk HD.

Program-program tempatan yang lain adalah Salih Yaacob….I Follow, MasterChef Malaysia, Ustazah Pilihan, Tutor TV dan banyak lagi program pembelajaran.

Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada. 


sumber di ambil dari:
blog myadha

Wednesday, June 1, 2011

24 minggu sudah...

hari ni usia kandunganku mencecah 6 bulan 
alhamdulillah syukur kehadrat illahi...
walaupun sepanjang tempoh 6 bulan mengandung aku alami 
beberapa masalah masa awal mengandung skung dh beransur ok..
tul org kata 3 bulan pertama je ada alahan lps tu haa asyik makan je..
muka pun dah naik sembam...cincin pun dh xleh nak pakai...hihi...
yela sudah gedem...hahaha

jalan pun rs cm penat...dan bila malam je ada la rs cramp kaki..kesian MFA dikejutkan utk bantu sy dikala kesakitan...hahaha tq yer cik abg...
bila kandungan dh cecah 6 bulan aku punya selera makan pun dh kembali ok 
xmcm awal gandung dulu makan pun xlalu...
tapi MFA xbg mkn manis2 sangat takut kene penyakit plak..
alhamdulillah aku xde la mengidam yang bukan2 setakat ni syukur sgt...

skung ni aku xyah nk p cek kat KK 2minggu sekali sbb nurse kata 
tahap kesihatan aku dh smkn baik dr sebelumnye...
kalau x dulu 2 minggu sekali aku kene p klinik KDSK..

cuma yang agak merisaukan aku uri aku still dibawah (low lying)
hope nanti dh 7bulan dia di tempat yg sepatutnye....
kawan2 doakan saya juga ye..