Thursday, January 6, 2011

harga minyak nek lagi wei

Kesan minimum dari kenaikan RON97

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 10 sen berkuat kuasa hari ini tidak akan menyebabkan inflasi, khususnya dalam sektor pengangkutan, automotif dan perniagaan makanan kerana tahap penggunaan petrol itu adalah rendah.Kajian MIDF Research mendapati kebanyakan peniaga menggunakan petrol jenis RON95 atau diesel dalam operasi harian mereka.

Malah, pengguna tegar RON97 sendiri boleh mengatasi kesan kenaikan itu kerana kelompok penggunanya tidak begitu sensitif terhadap perubahan harga selain mampu beralih kepada RON95."Sewaktu kenaikkan harga RON95 dan diesel bulan lepas, dilihat kadar kesesakan trafik di laluan bertol dan lebuh raya utama dalam bandar sekitar Lembah Klang masih kekal pada tahap yang sama."Ia mungkin disebabkan sistem pengangkutan awam yang tidak begitu efisien.
"Oleh itu, dijangkakan keadaan trafik kekal dan tidak menjejaskan pendapatan pengendali lebuh raya seperti PLUS," menurut MIDF.

Kesan sama juga berlaku kepada sektor automotif dan perniagaan makanan kerana kebanyakan pengguna dan peniaga lebih cenderung menggunakan RON95."Dengan aliran peningkatan harga RON97 semasa, MIDF merasakan permintaan kenderaan dengan penggunaan petrol yang lebih efisien kekal kukuh khususnya pengeluar seperti Perodua, Proton, Nissan, Toyota dan Honda," katanya.Kenaikan 10 sen hari ini menjadikan harga baru RON97 kepada RM2.40 seliter. Harga RON95 dan diesel masing-masing ialah RM1.90 seliter dan RM1.80 seliter.

Sementara itu, harga kerosin turut meningkat sebanyak 10 sen kepada RM2.50 seliter
Ini merupakan kali ketiga harga petrol RON97 dinaikkan selepas sistem apungan dilakukan yang mana penentuan harga dibuat setiap bulan berdasarkan Mekanisma Harga Automatik (APM) yang berasaskan harga minyak dunia.
Menurut agensi penyelidikan itu lagi, dengan unjuran harga purata minyak dunia berada pada paras AS$105 setong (RM325 setong) sepanjang tahun ini, mereka tidak menolak harga RON97 akan dinaikkan lagi.

petikan dari utusan malaysia


ermm nasib la minyak ron 97 yang naik
sebab aku guna 95..hikhik

0 comments: