Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF 2010, Tahniah Kpd Harimau Malaya...

Tahniah pada MALAYSIA kerana telah berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 cayalah, congrats to all players 4 their hardwork,dorg mmg deserve menang kan..hikhik
dan kerana kejayaan itu..Esok diumumkan cuti syok giler..
smlm bila aku bgtau pd kawan2 ade  plak yg kata tul ke ni
mmg tul la PM dh declare Jumaat cuti apa..
siap ade kat utusan lagi

bangun pagi tadi MFA bgtau jumaat cuti...ish lambat org tau dulu
tule sp soh tdo awal....wakakak

xcaye klik kat sini Utusan Malaysia




Sunday, December 26, 2010

My Day

Hari ni besday aku...
so MFA bawak p jalan2
nice vacation...
happy sgt2
tq yer syg







Detik 2 Belas

Tanggal 26 Dis 1983
aku dilahir dan diberi nama Nurul Fiza bt. Abdul Ghapar
dibesarkan dengan penuh kasih sayang 
tq mak ayah sbb memberi kasih sayang kepadaku

terima kasih kepada my luvly mum 
kerana melahirkan aku 
membesarkan aku dengan penuh kasih sayang
melayan kerenah aku yg sgt cerewet dan kuat merajuk(minta maaf yer mak n ayah)
terima kasih mak n ayah sebab bg aku kasih sayang yang adakalanya aku xdapat nak balas
terima kasih mak n ayah sebab menjaga aku dengan penuh kesabaran
menjaga aku ketika aku sakit ,mengorbankan waktu tdo(masa aku di hospital)..
yela tgh sakit..kesian mak...apa2pun aku syg sgt pada mak

apa2pun aku ucapkan terima kasih pada mak dan ayah diatas segalanya
dan maafkan aku atas segala apa yang aku lakukan
aku sayang kamu sume..


hari ni genaplah umur aku yang ke 27
bersyukur kepada Allah kerana aku dipanjangkan umur
dan hari ini aku bersyukur kerana mempunyai keluarga dan suami yang sangat menyayangi aku....
alhamdulillah....

Saturday, December 25, 2010

Night at D teLuk Intan

malam minggu cam biasala..
sure nak g jjcm
xkesah kat mana pun..
janji yg penting dpt jalan2
hikhik


so mlm ni xktiviti g jln ke teluk intan
n lepak2 di dataran jam tinggi
MFA yg excited men bda ni..
syok woo tgk dia terbang tinggi

tambah ade lampu2 yg sgt cun....
syok jugak lpk kat sini ..
xcaye try la..

Friday, December 24, 2010

sudah pukul 5...

semalam aku excited gile nak lek umah
hikhik..tepat je kul 5 aku dh dengar bunyi tenenet
tu maknanya aku harus pulang ke rumah....

balik je umah aku terus siap2kan diri 
tuk menjaga kesihatan aku(poyo je)
sebelum aku try en MFA aku wat testing
yela aku ni bukan tau sangat.
so tunjuk ajar diberikan supaya aku lebih berhati2


baru je bape minit aku dh tercugap2
tu la lama gila xwat..kan dh xbiasa
aku tgk MFA relax je
patut la badan mantop...


apa2 pun tq sekali lagi 
sbb sediakan sume nii
luv u MFA


Thursday, December 23, 2010

Mahu Pi TGk ini Cerita

walaupun aku ni bukan la suka sangat tgk wayang...
tapi bila org ajak,aku pi je...
tambah2 kalau si MFA ajak apa lagi..
confirm kata yer..tapi bila ingat balik waktu dolu2 
kalau p tgk wayang ngn  kawan atau ngn sp2 sure aku ngantuk 
kat dlm cinema pdhal cte punya la syok...



tp xtau nape aku mau sangat tgk citer hantu kak limah balik rumah
ramai yang kata syok bangat...
so diharapkan plan mau p tgk tu menjadi yer...

Wednesday, December 22, 2010

Mau Liburan Sama MFA.....

diakhir2 tahun ni rasa macam nak p honeymoon lagi..hikhik
bleh x..ermm tapi nak p mana yer..kalau dapat p byk tempat syok gak..
tapi abisla duit t...xleh..




langkawi

genting


singapore

p.dickson


lost world


bestnya kalau dapat p...hikhik...

Saturday, December 18, 2010

wow sudah 6 bulan bersama MFA......


pejam celik pejam celik
rupanya aku dah kahwin 6 bulan...
alhamdulillah syukur sgt
cepatnye masa berlalu...
xsangka sudah hampir ke tahun 2011
sekejap je kan..

Tapi hari ni penat n happy sangat
g jalan2 n shopping
wpun banyak bda dah aku ilg
aku anggap dugaan idup aku
maybe bukan rezeki aku

tq yer syg sebab selalu wat sy sentiasa bahagia..
t bawa jalan2 lagi tau..
luv u so much



hope hub. kita akan berkekalan hingga akhir hayat
murah rezeki
dapat baby cepat hikhik
doakan kami yer kawan2





Thursday, December 16, 2010

Kealpaan aku kesilapanku

semakin hari semakin lupa jdnye..
adakah sebab mkn semut byk ataupun mmg lupa...
mcm2hal terjadi kat aku..mula ilg hp skung ilg wallet...
aku sedar sume tu kealpaan aku dan kesilapan aku
dan disebabkan kejadian ade yang terpaksa menangguhkan kerja- kerja hakiki
bagi proses pencarian Harta Karun..(wallet aku la tu)
walaupun tiada hasil aku rasa sgt terharu diatas keprihatinan mereka
terutama (warga JTM, OSC, MPM)



maafkan aku yer disebabkan kealpaan aku 
korang terpaksa korban waktu koje
korang terpaksa pinjamkan  ruang storan otak korang ngn masalah aku
korang terpaksa jd kaunter pertanyaan
apa2 pun korang mmg prihatin...
cayala u all,TQ

walaubagaimanapun aku jadikan segala dugaan yang aku lalui sebagai ujian didalam kehidupan aku
supaya dimasa akan datang aku akan lebih berhati - hati dan memperbaiki segala kelemahan


tapi aku sangat beruntung kerana aku tidak keseorangan 
dikala aku dilanda kesusahan ramai  yang membantu 
masa ni la aku dapat mengenali hati manusia dengan lebih dekat.
hati manusia yang sentiasa tulus ikhlas 
bagi membantu aku dari segala aspek dan pelbagai usaha dalam proses mencari wallet aku..
terharu diatas kerjasama yang kalian lakukan...

Jutaan Terima kasih aku ucapkan pada kalian semua...
yang xputus berusaha  dan berdoa untuk aku
sayang korang sume
terutama kepada suami tercinta,tq n sorry sgt2 tau..
(sayang bangat sama kamu,sorry ya..)
fahrul,kak ina,en fizal,kak wati,tina,baha n sume2 yang terlibat


inilah wallet telah hilang..kalau terjumpa leh plak kat aku lek... :)


Tuesday, December 14, 2010

BlogLarian


akhirnya aku berjaya gak join bloglarian
itupun lepas aku baca blog kak t..
aku ni kan amatur dalam bab2 blog nii..




so kalau nak tau lebih lanjut klik Bloglarian

"Saya suka berblogwalking kerana saya dapat platform sy bercerita apa saja,menambah info dan bertukar2 pendapat,berkenalan,shopping serta sekurang2nya saya dapat cegah gejala vandalisme ...." 

so aku tag 
1.nad
4.sumer yang baca blog saya nii


Wednesday, December 1, 2010

MinYak Oh Minyak (nek Lagi)

1 Dis 2010...
harga minyak ron97 naik lagi..
walaupun sebelum ni dah nek 5sen..
Tapi hari ni(1 Dis 2010) naik 15sen...

Menurut sumber, pengumuman mengenai kenaikan harga RON97
tidak dibuat secara rasmi oleh kerajaan memandangkan perubahan
adalah mengikut harga pasaran dunia.



Tapi Jangan risau harga petrol RON95 kekal
masih pada RM1.85 seliter.
Harga petrol tidak ditetapkan kerajaan
kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

MAHA 2010

sabtu lps kitaorg p maha 2010
ramai yang tertanya2 apa ke mende maha tu
maha tu berlansung di serdang..
aku ni mmg kaki jalan..pantang org ajak..
Ni MFA yang ajak lagi aku excited..
walaupun aku mmg xsuka sgt p tempat yg bersesak2 sangat ngn org..
tapi nak jalan punya pasal...
layan je..aku pun pi..
kuar je highway ke serdang mmg jammed gila...
so aku wat relax..
biasala kl..n nk pi maha biasa r tu..
smpi je turn nk masuk ke tempat maha tu polis plak soh kami ikut jln lain..
mmmg damn sgt la..sbb dh tgu lama beno..
then kami terus ke arah lain..
kalau dh ke arah lain(kalau kl mmg jauh gile kene uturn blk..)
so kami dh uturn satu putrajaya tu(juh wei)ktorg pun smpi ke tempat maha..
tapi pintu yg kami park kete sangat la juh..
soh dlm keadaan yg terpaksa mmg kene menapak..
ko bykkan jauhnye adalah dari umh aku fasa 2g ke billion..



balik tu plak hujan...
mmg sgt2 mencabar tul...
tp apa2 pun best sgt jalan2 ngn my luvly hubby...

*Definisi MAHA
Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show

Friday, November 12, 2010

Happy Birthday my love!

alhamdulillah MFA diberi umur yg panjang
utk sambut ulang tahun kelahirannya yang ke 26..hihii..
bersyukur sgt2.terima kasih yang tak terhingga pada
kawan- kawan yang terlibat scara langsung mahupun siaran ulangan..



di kesempatan ini aku nak ucapkan
selamat hari lahir
semoga panjang umur
murah rezeki
dan semoga impian tercapai
insyallah...

dan sayang MFA sangat tau2...
wakaka dh tua..

Thursday, October 28, 2010

K.U.R.S.U.S

alhamdulillah dh abis dh kursus pementoran
hari ni syok la seisi kursus dia..
penceramah dia buat kitorang rs happy sangat

yela mana x happy nye banyak bercakap
mmg syokla..tapi semalam syok gak sbb kursus
kat chalet impian teluk batik...then ptg tu ade
seisi permainan bola tampar pantai
walaupun aku xpnh main

1st time mainla katakan..tapi aku rs syok plak
main bda ni..walaupun kalah...apa2pun tetap rs enjoy sgt

Thursday, October 7, 2010

Raya

Hari ni second last syawal..
sok jabatan aku wat jamuan raya..
mai la dtg ramai2 tuk memeriah majlis kami..
yang ptg korg akan memenangi hadiah misteri..
dtg jgn xdtg

act post aku kali ni aku ucapkan tq bebanyak
pada MFA kesayangan aku
sbb sempena hari Raya ni aku menerima pelbagai bda untuk menyambut
hari raya..Pada mulanya rasa serba salah gak nak amek yela mcm2 plak
ye nak beli..hikhik..tq Syg..

hope next year camni lagi ye syg..hikhik..yuhuu.syok2

Thursday, September 9, 2010

cam xcaye dapat award

hehehhe..punya la lama bukak blog xperasan plak aku dpat award..anyway tq pada cik nad kita ni ek http://weedah.blogspot.com .Oleh itu 1st time la aku tampalkan award yg aku dpt nii.tima kasih la ye..




ni harus jawab ek..hikhik...dah nak abis puasa baru nak jwb..:P

1) Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka puasa atau bersahur:
- Gulai Kari
- sambal udang/ayam
- Sup sayur
- popia Goreng
- Roti John
- air soya/air milo
- nestle koko krunch(sahur)

2) berikan kepada 5 orang (atau lebih) rakan blogger anda:
- nad
- mazeq
- yumie
- kak watie
- tina

Thursday, August 26, 2010

Jawapan

dah pilih????
ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu
1- tepi sungai
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros

2- halaman rumah
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan beitu baik sekali

3-tepi/tengah padang
-sangat berkira/kedekut

4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi

Sahabat

apa2pun ini hanya sekadar renungan

Terima kasih "kawan-kawan"
air mata yang gugur ini
hati yang membengkak dan berdarah..
aku pasti suatu permulaan menuju kedewasaan


sahabat ini adalah seseorang yang rapat dengan kita..dan banyak makna sahabat yang boleh di ertikan..depend on seseorg tu..

Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:


Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai
2- halaman rumah
3-tepi/tengah padang
4-belakang rumah/tepi dapur

Jawap dengan jujur ya


*jawapan akan di beri kemudian

Monday, August 23, 2010

Puasa

13hari sudah umat islam menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan..
begitu juga dengan aku..Dengan penuh rasa syukur kepada Allah
kerana aku masih berkesempatan untuk menjalani ibadah berpuasa
dengan tubuh badan yang sihat

tapi kali ni ramadhan yang aku lalui
cukup2 bermakna buat aku dan MFA..
mana tak nye dulu puasa bujang
skung dh berdua..apa2 pun
dilakukan secara berjemaah



*apa2 pun aku harap dapat menjalani kehidupan
sebagai seorang isteri yang solehah..

Tuesday, August 3, 2010

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU...

artikel ni aku baca kat email..saja je nk post kat sini.hehehe..

Jika isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.....
Jika kau memegang tangan nya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu....
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu...dia akan menurunkan rasa EGOnya....




Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong pegang tangan nya dengan penuh pengertian, kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam....

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menghampakannya mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya....

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah jauh ke dalam matanya...dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini? Disebalik kelembutannya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...tutur katanya merupakan kebenaran...senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya....pelukan dan ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anaknya..

Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa...dia terharu, menangis bila melihat kesengsaraan pada orang-orang yang dikasihinya....dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya....dia sangat gembira melihat kelahiran.....dia begitu sedih melihat kematian....titisan airmatanya bisa membawa perdamaian......

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal..bahawa "Betapa berharganya dia".....

"HARGAILAH IA SEBELUM TERLEWAT"....

Monday, July 26, 2010

status telah berubah



salam sumenya...

akhirnya aku telahpun bertukar status sebagai seorang isteri...sumenya berjalan dengan lancar pada semua yang hadir n memberi ucapan terima kasih aku ucapkan.doakan kami berkekalan hingga akhir hayat...

Tuesday, June 15, 2010

lagi kuat berdegup

hari last aku koje..ish bukan bermakna aku berhenti koje la...sok aku start cuti tuk menyediakan diri di hari plg bersejarah dlm hidup aku...so hr ni byk plak yg wat aku terharu...siap psg lagu kawen...malu aku..siap rahang aku dh sakit senyum je kejenye

Ku Bahagia

MFA aku adalah org yg agak pendiam..bg dia diam itu pintar..itulah ayat dia bila di tanya apsal diam je..hikhik.. bila terbaca ayat² dia di FB sgt ler menyentuh hati aku yg mmg cpt tersentuh...hikhik..apa²pun biarla ia menjadi kenangan terindah sebagai tunangan MFA.anyway doakan aku ek.








hehehe...aku sedang bahagia..syok2

Friday, June 11, 2010

7 Hari lagi



pejam celik pejam celik...
tinggal 7 hari lagi je nk bergelar isteri kepada MFA
wow tanggungjawab sudah menunggu..
harap sgt dapat jalani semuanya dengan baik
kawan-kawan doakan saya tau..
agar berjaya menjadi isteri yang solehah..

Wednesday, June 9, 2010

pabila penyakit dtg myinggah

ermm...aku ni leh di kategori org yg kerap sakit..
bak kata MFA sbb kurang senaman...
yela kot..tp penyakit aku ni dtg menjelma..
iaitu tekanan darah rendah...mak ai..
rasa dunia berputar2..
aku ni pun dh dekat2 nk kawen...
byk beno sakit yg dtg pun.
ish2 inilah dugaan namanya..
dan harap sgt...
t kawen aku akan bertambah sehat dan bersemagat..wow..yeke nii

Tuesday, April 13, 2010

xktiviti sebelum tdo

skung ni agak ssh nk tdo mlm...byk beno nk pk...bila dh tdo..sure tjaga tgh mlm..ermm..tp skung aku de satu xktivi tuk bg mood aku best...aku layan lagu ni..syok gak..lagi satu aku pkkan yg positif saje..yg indah2 with my fiance...hehehhe
so sumenye akan jd best sgt..

apa2 pun hati aku semakin berbunga2..
tq pd sume yg selalu wat aku bgia...


ni lirik lagu yg aku suka dengar tu...

Tlah ku Temui Banyak Cinta
Dihati ini Datang dan Pergi
Selimuti Kisahku Yang Biru
Mendalam Di Hati

Biar ku Rentangkan Cintaku
Menariku Diatas Senduku
Sendirinya aku Tak Berkasih
Mendalami Hati

Karna Cinta aku Jadi Sepi
Karna Cinta aku Jadi Riang
Karna Cinta aku Jadi Pilu
Karna Cinta Kini ku Sendiri
Karna Cinta Pelangiku Hilang
Karna Cinta Matahari Pergi
Namun ku Yakin Dalam Hatiku
Cintaku Tak Boleh Membunuhku

hukhuk.. :P

Tuesday, March 23, 2010

tips untuk sentiasa bahagia

bila aku kata bahagia..ramai yg akan persoalkan eh lum kawen dh tau bahagia..ermm setiap org punya prespektif berbeza psl bahagia ni..apa2pun aku nk idup bahagia sentiasa..sebab kebahagiaan ni kunci pada sume masalah...n sekaligus kunci kejayaan

1. Jangan Takut dan riso

Perasaan takut dan khuatir merupakan pkran kita yang paling tidak produktif. Sebagian besar hal-hal yang kita risau atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita bimbang dan takut?

2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam

Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif.

3. Fokus Pada Satu Masalah

Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus coz ianya akan membuat kita semakin stress.

4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda

Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kshtn tidur kita. fkrn bawah sdr kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan

Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil berat gila2 untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut secara tidak langsung itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri.

6. Jangan Hidup di Masa Lalu

Mungkin terasa selesa bagi kita mengingat hal-hal yang manis di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. tumpukan dengan apa yang terjadi saat ini, coz kita pun akan boleh merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita rsai apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.

7. Jadilah Pendengar yang Baik

Mungkin sebagian besar orang termasuk saya susah untuk menjadi pendengar yang baik. sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan apa yg kita luahkan, tetapi sebaiknya dengan belajar mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan perkara baru yang sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.

8. Jangan Biarkan kekecewaan Mengatur dan berjaya menganggu Hidup Anda

kesianla pd diri kita lebih dari apa pun, maksud saya adalah janganlah kita menyerah pada kekecewaan.langkah la kehdpn coz itu yg kita nak kan..maju...maju...dan terus maju..."cayok fiza"... Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.

9. Bersyukurlah Selalu

Bersyukur dan berterima kasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, coz saya percaya dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang blh kita pelajari.

Thursday, March 18, 2010

TQvM 4 de luvly shoes n tshirt.....

Last nite aku p dinner ngn my luvly fiance..
Best woo sbb kebetulan aku mmg lapo sgt
smlm mkn pagi je..then lek umh sakit perut plak..
xtau la pe psal..terasa perut sejuk..
aku bgtau r housemate aku diorg wat air teh panas..
kasi minum r..de plak tye panas ke dh perut aku..
tp layan jela..then aku out ngn en fiance.

igt nk p dinner kat tempat selalu tp kedai tu penuh plak..
maybe de event ramai beno kete..siap de wartawan..
so ktorg p kedai len..
lapo punya pasal..aku telah berjaya menghabiskan
makanan dulu dr en fiance..lapo beno gayanye...

eh back to my topic..smlm aku dpt kasut baru...
sweet gila kasut tu..nasib bek muat..
pandai en fiance beli...comel sgt..suka gila aku..
hehhe..tqvm tau mucuk...best sgt

Wednesday, March 17, 2010

‘Kisah Bapa, Anak dan Keldai’

aku tb2 terigt kisah ni...dulu cite ni member aku penah cte..tp ms tu..aku agk lampi tuk phm ayt tersirat..huhuhu

Kisahnya begini…

Suatu ketika dahulu, sebelum terciptanya kenderaan berenjin seperti motorsikal, kereta dan keretapi, manusia menggunakan haiwan berkaki empat seperti kuda, keldai dan unta sebagai pengangkutan.

Pada suatu hari, seorang bapa yang sudah tua bersama anaknya yang berusia 10 tahun pergi ke pekan untuk menjual seekor keldai peliharaan mereka. Bapa dan anak tersebut berjalan kaki sambil menarik ikatan keldai yang hendak dijual itu.

Semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan dua orang pemuda kampung itu. Mereka terdengar perbualan pemuda kampung itu…
“Bodoh betul bapak dan anak itu, ada keldai tidak mahu ditunggangnya”.

Si bapa tua tadi pon memanjat belakang keldai bersama anaknya. Mereka meneruskan perjalanan dengan menunggang keldai bersama-sama.

Tidak lama kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan makcik-makcik yang sedang berbual-bual di tepi jalan. Mereka terdengar makcik-makcik tersebut mengata…
“Tak berperikemanusiaan betul bapak dan anak itu, keldai yang kecil itu ditunggangnya berdua…”

Terdengar kata-kata itu, bapa yang tua itu pon turun dari keldai itu. Bapa tua itu meneruskan perjalanan dengan menarik keldai yang ditungangi anaknya.

Selepas itu mereka terserempak pula dengan sekumpulan remaja yang sedang bermain guli. Mereka terdengar perbualan remaja itu…
“Teruk betul anak orang tua tu, tak patut disuruh bapanya yang dah tua menarik keldai tu…”

Si bapa terus menyuruh anaknya untuk bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si menarik keldai yang ditungganginya. Mereke pon teruskan lagi perjalanan.

Sampai di satu simpang, mereka beselisih dengan sepasang suami isteri yag sedang berjalan kaki. Si bapa tua terdengar pasangan itu bercakap sesama mereka…
“Kasihan budak kecil itu, tidak berhati perut bapanya menyuruh anak yang masih kecil menarik keldai yang ditungganginya..”

Mendengar kata-kata sinis itu, si bapa tua turun dari keldai dan berjalan kaki bersama-sama dengan anaknya seperti mula-mula mereka keluar rumah.

Sebelum sampai ke pekan mereka bertembung dengan beberapa orang lagi yang bercakap-cakap tentang perihal mereka. Tetapi si bapa dan anak itu tidak menghiraukan cakap-cakap orang itu. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka dengan cara mereka sendiri.

Akhirnya mereka sampai ke pekan dengan senang hati, tanpa mempedulikan kata-kata orang di sekelilingnya.

Pengajaran dari cerita ini:

1) Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam satu masa.
2) Yakin dengan perkara yang kita lakukan, bukan ikut apa yang orang lain kata.
3) Kebanyakan orang di sekeliling kita suka mengata dan mencari kesalahan orang. Abaikan mereka! Inilah penghalang untuk berjaya.

Friday, March 12, 2010

credit 4 my luvly fiance

hehehe...pagi td aku g bekfast then tgk kat tyr dh nmpk yg pelik..pe lagi tgk r secara dekat mak ai...tayar aku ke nii(dlm hati aku ermm plan nk beli hp aduyai tayar yg dpt).xpela kete ni banyak berjasa kat aku.mau xnye dia jd cmtu kete ni dh berjalan banyak sgt dhla tuannye mls nk menjaga kesiann kete nii..

aku pun pe lagi wat aduan kat 013XXX8112(en fiance) psl mslh tayar aku nii..aku pun tye..."leh ke smpi kg kalau keadaan tyr camni?"..setelah mendengar advice so aku decide tuk p tukar tayar sebelum balik...

aku p tukar tayar with en fiance n best fwen kami..tq la u all sbb teman aku tukar tayar..aku ni bukan tau sgt psl bda2..yg paling best hr ni en fiance banje tukar tayar baru...hehe tq yer.susah je banje...kalau leh banje la lagi...wakakaka

geram betoi aku....tp aku wat relax2

dalam dunia yang serba moden..walaupun de tenet,astro,broadband argh m tp ade gak yg nk jadikan diri sebagai medium di kalangan teknologi terkini...
hehhee..bagi aku personal aku xperlu diperkata atau di perhebohkan...
walaupun baik atau buruk..

bagi aku benda ini adalah menggelakkan bda yg x elok berlaku..
xelok la sgt.wakaka..
aku pun sendiri xtau apa la masalah yang wat dia suka sebuk2..
maybe dia dh xde keje kot..mungkin aku rs dia teringin nk jd medium teknologi ygn terkini..hhehe

asyik dok cte psl aku je..masalahnye personal tu beb..ade aku kesah hal dia ke..aku amek tau pun idok..laen le dia kawan baek aku..dah la aku xde la rapat ngn dia tp siap tau sume hal aku...hebat2....

apa yang aku rasa.....


ermmm
kadang2 aku rasa aku dh wat yang terbaik..
tp hasilnya still gak xmemuaskan
kadang2 niat di hati mmg nk wat yang terbaik
tp nampaknye ade yg kurang
kadang2 aku wat relax je...
tp mak ai xleh relax sgt..masalah jdnya..
kadang2 aku ni suka wat bda yang org laen pgl aku kelam kabut
tp bg aku itula aku...bukan kelam tp plan dr awal

erm ntahla..apa2 pun aku rs aku kene wat sesuatu tuk bg best je..

i need a newphone...help me...

hehe...sebelum ni aku de cte psl hp..tp ms tu hp aku hanya mempunyai sedikit je mslh..
yela org leh kata aku ni bisu xde suara padahal aku ni dh cakap...
hp tu yg prob..
aku pun repair hp tu tp sebulan je dia bertahan..
xlama pun..
skung ni hp tu tolong r sedey x igt..
sbb hp tu asyik hang, pastu ade setgh key pad xleh nk tekan...

n aku pun de la niat nk beli hp len...tp aduyai aku nk beli tepon punya la canggih tp murah...sengal je..masa aku klang ngn family aku pi la survey hp kebetulan r ade hp fair..tup2 abg aku tanya dik nk beli hp apa..aku jwb r hp tu sume ade kira canggih la tp nk murah..abg aku amboi mn nk dpt camtu dik..

hehhehe..xpela..aku akan usahakan tuk dptkan hp baru..kalau de sapa nk bg sumbangan tuk beli hp..best gak kan..hehhehe

Thursday, March 11, 2010

xde apa nk cite atau nak tuleh..

apa ek nak tuleh..sbb rs lama sgt x update blog..nk kata bz sgt xde la.tapi..mungkin xtau nak cte apa..aku ni suka baca blog org..best woo..mcm2 cte ade..yang dh kawen sume cte psl khidupan sebagai seorang isteri ataupun mak yg paling banyak.. yang belum kawen ni asyik cte psl kehidupan je..n paling best aku suka baca yang baru nak melangkah ke alam perkahwinan..

yang bestnya bila tgk diorg punye cte psl apa yang baju,pelamin,door gift...eeee mcm2 lagi le..sume best nak baca..

cte psl misi yang belum nk selesai ermm...bila pk rs cam serabut..yela xtau nak mula dr mana dulu..tp sume nya aku try wat guna akal pikiran alhamdulillah ikut flow..kalau ikut kan emosi aku..sumenya jadi serabut..hehehhe

Tuesday, January 26, 2010

Transform

Adakalanya seseorang itu perlu buat perubahan samada secara langsung ataupun tidak..tapi perubahan mmg harus dilakukan untuk mendapat satu kehidupan yang sempurna.aku rasakan banyak giler yang xsempurna oleh kerana itu aku harus 'transform' diri aku kepada ssuatu yang lebih baik..

bagi aku 1 yang kita kene wat kita kene tajam minda terlbh dahulu.dalam erti kata membuat sesuatu keputusan dengan menggunakan akal fikiran.kerana keputusan yang menggunakan akal adalah lebih baik dr menggunakan emosi..untuk memberi akal kita selalu aktif kita kenela rajin membaca,mendengar,menulis,melihat ataupun menggunakan deria yang kita ade..so dr itu otak kita mula berfungsi



sapa kata imaginasi tu xbagus..tapi bukan la sekadar fantasi tapi perlula di pratikkan...so penah x anda sume bayangkan sesuatu ataupun bda itu berubah dengan sendirinya..atau bertukar bentuk.so utk melakukan teknik tu..minda kita akan sedikit budak2..sbb ianya akan lahirkan hasil yang inovatif dan kreatif.

bdk2 ni adlh gol. manusia yg tinggi imaginasinya coz diorg ni suka membayangkan sesuatu masa diorgmain. Remaja dan gol. dewasa x bape suka bayangkan ssuatu yg bersifat budak2 ni sbb emosi dorg lebih byk mengarah kpd keseriusan,
no fun at all.

kbykn orang, imaginasi diorg tumpul coz mindanya mgarah kpd kseriusan. diorg kurang suka brimaginasi, coz lebih suka sesuatu yang realistik dan ‘tangible’. Jika u all nak bina imaginasi cemerlang u all kn kuar dr sikap camtu..


aku jugak kene change mind set aku kepada sesuatu supaya aku leh capai apa yang aku inginkan...kene la usaha lebih skit,bykkan baca2 buku motivasi,tingkat ilmu dr sume aspek..kene sanggup berkorban tuk apa saja yang aku rs mendapat kesan yang betul2 menjadi..dan diharapkan aku berjaya..hehhehe

Friday, January 22, 2010

best gak kat austria nii

baru aku tau istilah niii..
wow..apa pun aku dah berjaya untuk sampai ke austria...
tahniah tuk aku..(alamak puji diri sendiri plak)
dulu asyik p spain je...
bosan rsnye p spain bukan apa byk sgt dugaan kat situ...

anyway...doakan aku berjaya p paris plak plak ye..
argh aku xsabar nk p paris nii...

Tuesday, January 19, 2010

Hp..oh ...hp...

sedih rsnya bila hp kesayangan aku tu rosak...
mula2 dia sakit skit je..,mic xleh guna..
then mgu ni dia gelap je...kesian tul hp tu...
nak beli baru ermmm duit cam xmencukupi tuk ke arah hp baru...

nk try repair la...nth bape plak harga repair...
harap2 hp tu leh guna lagi..mcm2 de ada dlm hp tu..
contact number sume dlm tu...
masalah tul le..

Friday, January 8, 2010

ermmm

email ni aku rasakan cam sesuai tuk renungan aku.n aku rs leh di share pd kawan2

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Monday, January 4, 2010

Farish Danial




akhirnya akak ipo aku berjaya lahirkan baby...
comel sgt anak sedara aku ni...
heheh cam i gak le..
hensem cam bapak dia...
heheh..

anyway mak ngn ayah aku happy beno..xsabo nk g klang
tgk cucu sulung..geram aku kat farish..
nama anak sedara aku mohammad farish danial b. mohammad firdaus..

cepat2 ye beso leh aku buli kamu..hehehhe