Thursday, August 26, 2010

Jawapan

dah pilih????
ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu
1- tepi sungai
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros

2- halaman rumah
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan beitu baik sekali

3-tepi/tengah padang
-sangat berkira/kedekut

4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi

Sahabat

apa2pun ini hanya sekadar renungan

Terima kasih "kawan-kawan"
air mata yang gugur ini
hati yang membengkak dan berdarah..
aku pasti suatu permulaan menuju kedewasaan


sahabat ini adalah seseorang yang rapat dengan kita..dan banyak makna sahabat yang boleh di ertikan..depend on seseorg tu..

Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:


Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai
2- halaman rumah
3-tepi/tengah padang
4-belakang rumah/tepi dapur

Jawap dengan jujur ya


*jawapan akan di beri kemudian

Monday, August 23, 2010

Puasa

13hari sudah umat islam menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan..
begitu juga dengan aku..Dengan penuh rasa syukur kepada Allah
kerana aku masih berkesempatan untuk menjalani ibadah berpuasa
dengan tubuh badan yang sihat

tapi kali ni ramadhan yang aku lalui
cukup2 bermakna buat aku dan MFA..
mana tak nye dulu puasa bujang
skung dh berdua..apa2 pun
dilakukan secara berjemaah



*apa2 pun aku harap dapat menjalani kehidupan
sebagai seorang isteri yang solehah..

Tuesday, August 3, 2010

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU...

artikel ni aku baca kat email..saja je nk post kat sini.hehehe..

Jika isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.....
Jika kau memegang tangan nya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu....
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu...dia akan menurunkan rasa EGOnya....




Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong pegang tangan nya dengan penuh pengertian, kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam....

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menghampakannya mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya....

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah jauh ke dalam matanya...dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini? Disebalik kelembutannya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...tutur katanya merupakan kebenaran...senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya....pelukan dan ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anaknya..

Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa...dia terharu, menangis bila melihat kesengsaraan pada orang-orang yang dikasihinya....dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya....dia sangat gembira melihat kelahiran.....dia begitu sedih melihat kematian....titisan airmatanya bisa membawa perdamaian......

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal..bahawa "Betapa berharganya dia".....

"HARGAILAH IA SEBELUM TERLEWAT"....