Thursday, December 31, 2009

Welcome 2010




Selamat tinggal 2009,
harap- harap perkara yang baik akan dikekalkan
yang x berapa elok akan diperbaiki
supaya idup aku akan bertambah best n diberkati
insyallah.

pada kawan2 doa2 la yer,
semoga thn dpn menjadi tahun yang bermakna
buat aku...harap sgt2 le...
eh cam ayat (tina igt x)

Thursday, December 24, 2009

Hampir Berakhir.........



berdebak debuk,kesana kemari
akhirnya sudah hampir ke tahun baru...
bila dikenang ade beberapa perkara lum settle...
tp insyallah akan disettlekan..eh yeke
tp mmg kn settle...
cayok...cayok

alhamdulillah apa yg telah di plan
selama ni,telah berjaya dilaksana...
hoorey...

so dh tgl beberapa hari lagi tuk tahun baru..
apalagi plan la yang terbaik,
untuk wat diri sendiri puas hati
n org yang berada disekeliling kita turut gumbira...
tapi pe ekk

Wednesday, December 23, 2009

Jangan



Jangan pedulikan yang tak peduli
Jangan abaikan yang peduli
Jangan berikan jika tak ikhlas
Jangan berjanji bila tak boleh menepati
Jangan mencintai jika tak ada cinta
Jangan menyayangi jika tak punya sayang
Jangan berpura pura bila ada fakta
Jangan berkata jika itu berbohong
Jangan diam jika itu suatu kebenaran
Jangan berbuat bila dapat merugikan
Jangan ..........


hikhik...

Monday, December 21, 2009

Bila impian Jadi kenyataan

Tanggal 21 November 2009 akhirnya menjadi sejarah yg cukup bererti buat aku n semesti buat en abg 'F' hehhehe..masa majlis tu berlangsung tu hujan bleh thn gak le...sume hantaran kene berpayung gak le...




xkesahla yg penting majlis still berjalan lancar.kalau korg nk tau masa tu mak ai jantung aku berdegup dengan kencang..leh thn la cuak gak.yela maklumla nk tgu bakal mak mentua sarungkan cincin..hehhe







To all my fwen yang telah sama2 mengkongsikan detik-detik bahagia dalam idup aku..especially wat 'F' yang sanggup layan kerenah aku..dari pelbagai hal..untuk menjaya majlis pertunangan ni.yela masa B4 hari bertunang byk benda nk prepare..dr segi hantaran..mmg ssh r nk di kenangkan....





xlupa gak pada Family...Ayah,Mak,Abg Afir,kak isma,Faizal,Farhana,Arif,bella n Family tunangan aku.Ucapkan jutaan terima kasih dan penuh kasih sayang kepada korang.Tanpa korang xmungkin majlis yg di idamkan ni berjaya n xkan menjadi

Monday, October 19, 2009

gedik time..





Pada jumaat lps adalah hari akhir byt sebagai bujang....so skung byt dh kawen..woo bgia beb..aku doakan dia bgia hingga akhir hayat..aku sempat tgk dia nikah ptg tu.majlis berjalan dengan lancar.grand woo majlis byt..ms tempung tawar tu aku rs sebak tb2 sbb aku tgk byt terharu sgt..aduh nasib bek tisu byk.byt awak jgn nagis sat g make-up cair..hehehhe.sume yg datang xcam tu byt...cun gile kawan aku nii...hehehheh aku tgu smpi ptg le...dlm nk lek awal tp xleh byt still soh aku tgu...ikutkan byt soh aku tgu smpi sok tp de majlis yg patut dihadiri sorry tau byt..jgn sedih2 awak dh de husband skung tau....


sok nye majlis kawen spupu aku belah laki dia..sbb dia kawen sm tarikh ngn byt.aku xdtg knduri dia.sorry pada didie anyway aku dtg gak ptg tu...lps abis dr umh byt trs bergegas ke langkap....terus g umh dia..alhamdulillah sumenye dh selamat...so aku dtg mlm tu de upacara potong kek n buka hadiah...apa lagi pgantin mmg selalu kene wat ucapan..tp pgantin cam mls je nk bg ucapan dan2 tukar topik apa2 pun mlm tu mmg best le..drop2 mdrop jadi aktiviti utama..hehehhee


n spupu yg xkawen lagi mgedik le bila amek pic kemain lagi...aduhai..bujang le katakan...hehhehe

Monday, July 20, 2009

expression of feelings

1st of all aku nk minta maaf sm ade catatan ni membuat ade pihak yg terasa hati atau x?tp biarkan ianya hanya luahan hati aku..pe pun kalau rs yg salah aku sedia terima teguran dengan lapang dada..cuma aku dapat rasakan bulan ni merupakan bulan yang ssh tuk mengawal emosi bg sume org..aku pun dh xtau nape..maybe dh nk dekat puasa..so nates pun berusaha tuk membiarkan nafsu amarah menguasai manusia..tp apa yg ptg kita byk2 beristigfar..kerana ALLAH sentiasa bersama kita.

1hb aku dh memulakan kehidupan aku di rumah sewa baru...walaupun ianya memberi impaks yg sgt mendalam.tp nk xnk inilah namanya penyewa..yg sentiasa dibelenggu oleh masalah ini...insyallah kalau de rezeki aku mengimpikan rumah milik sendiri...aku akan berusaha tuk itu..bulan ni gak aku start dok ngn housemate baru...selama ni aku ngn kak nana je..tp kak nana dh kene pindah so tgl aku ngn aku housemate br je...rasa rindu plak aku kt kak nana..yela mana xnye..kak nana ni leh dikategori sebagai akak aku le...apa2 masalah sume aku mgadu kat dia..dia yg byk beri aku nasihat..yg lagi penting dia selalu masak so masakan dia mmg power ar..xpela kerjaya dia so kene move dr mpm...

cerita pasal life aku plak tolongla...ade je yang xkena..semakin gusar tuk aku pikirkan bda ni..kawan2 mcm nk larikan daripada aku, aku pun jd tak paham. Aku ada buat salah ke dekat mereka ? terasa macam dipulau oleh diorg plak.kalau ada salah aku mintak maaf.aku sedar aku insan yg kerdil..maybe aku xsedar bda yg dibuat secara langsung ataupun xlangsung.ataupun aku je yang perasan dengan apa yg berlaku...n tiba2 hati aku sgt sayu dengan kejadian ini..

Skung ni aku berdoa agar apa yang jd sume ni akan menjadi seperti sedia kala


~p/s~
"Masalah jangan dipendam dalam diri. Nanti ia memakan diri. Jangan juga diluahkan segalanya pada manusia kerana mungkin ia akan diguna untuk memburukkan kita. Jika diluahkan dalam diari, diari tak dapat bantu kita. Luahkan rasa hati kita pada tuhan. Sesungguhnya dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dia akan membantu hambanya yang meminta pertolongan dariNya."

Friday, July 10, 2009

TEMAN

"Teman yang banyak boleh
diibaratkan seperti pasir- pasir di pantai
tetapi teman yg satu
adalah mutiara dalam pasir - pasir itu..."


itulah perumpaan seorang teman...tiba2 aku terkenang teman2 aku yang jauh mahupun dekat..bila dikenang balik aku de seorang teman yg dh lama gila aku ngn dia kawan...dari tahun 2001 hingga tahun 2009..

perkenalan aku bermula masa aku muda remaja dulu..nk dijadikan cte aku ni satu class ngn dia.tp masa 1st sem aku xbiasa ngn dia..smpi le ade satu hari aku nk lek kg..so aku satu bas ngn dia.masa tu la aku jd semakin rapat..sbb kami ni mmg jenis suka lek kg..hehehe

so start sem dua aku dh satu bilik ngn dia..smpi la abis poli...so setiap kali lek kg mmg sekali la..apa2 pun sm..then abis blaja aku dpt tawaran smbg blaja kat KUTKM(UTeM)..so sekali lagi dia ni pun satu class ngn aku..satu course lagi..

n xlupa gak pada kwn aku lagi sorg ni...aku knl dia masa kat MPM masa hari pendaftaran.start dari situ kiorg jadi rapat.tp skung ni dia dh keje kat Jabatan audit Negeri Perak.orgnya sgt lemah lembut n sgt la baik..banyak sgt kenangan yang aku baut ngn dia masa..banyak bda yg aku blaja ngn dia.n yang paling penting dia sentiasa ada dimasa susah senang aku.

Dan pendek aku ngn diaorg ni mmg dh cam family sendiri.rapat gile..rindu gile kat diorg..skung ni kawan2 aku ni menunggu masa tuk dinikahkan je..
so aku doakan diaorg bahagia hingga akhir hayat..

Thursday, July 9, 2009

Kecantikkan Wanita

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"saya tidak paham", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kamu tak akan pernah paham"

Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya,

dialog:
Anak Lelaki : "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
AYAH : "Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki kecil itu pun membesar menjadi seorang lelaki dewasa dan tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu,kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

SUBHANALLAH...betapa cantiknya wanita...!

Wednesday, July 8, 2009

CSI: versi JTM

untuk pegetahuan sume...it dilanda banjir pd hari isnin dan selasa...
tp aku de mengatakan bahawa rupanya. pihak plumber yg berjaya menjumpai punca banjir tu...

tp setelah mendapat info dr org yang wat siasatan...dia yg berjaya mencari puncanya...dan disebabkan paip tu kantin terpaksa ditutup...klau x tutup confirm it banjir..

anyway tq pada pihak berkenaan..kerana prihatin terhadap jabatan aku(JTM)

Hiperhidrosis

Hiperhidrosis
masalah peluh berlebihan yang boleh menyerang semua peringkat usia dan jantina tetapi lebih kerap berlaku pada golongan berusia antara 25 dan 50 tahun.tapi aku rasa dr kecik aku mmg camni


Punca penyakit ini masih samar tetapi separuh daripadanya mungkin melibatkan faktor genetik manakala selebihnya akibat kesan sampingan penyakit lain seperti hipertiroid dan kencing manis.


Masih ramai yang tidak mengetahui masalah tersebut boleh dirawat melalui pembedahan kecil dan IJN mempunyai kepakaran untuk melakukan pembedahan tersebut.


Masalah tersebut dapat dirawat dengan pembedahan memotong saraf simpatetik pesakit yang akan menghalang rangsangan berlebihan kepada kelenjar peluh di tangan dan kaki. Pembedahan itu mudah dan cepat, malah pesakit boleh pulang selepas 24 jam dibedah.


Ya, mmg aku mengidap penyakit pelik ini, iaitu berpeluh di tapak tgn dan kaki. Sapa2 yg pernah bersalam ngn aku, maybe ter perasan kot yg tgn aku basah. Mesti sapa2 yg salam ngn aku tu, ingt aku ni neves kot, berdebar2 sbb dpt salam ngn dia ke haha! Xde makna aku nk neves!

Yang aku tak tahan, even dok dlm aircond, kat opis pun tgn aku sentiasa lembab. Cuma dlm masa2 yg tertentu, tapak tgn aku akan kering. Aku pun xtau ar apa faktor2 yg bole dia jadik kering. The point is, tapak tgn and kaki aku, akan kering or berpeluh sesuka hati dia.smpi nak thumbprint pun aku ssh sbb xdetect cap jari aku...n bila nk cop cari pun masalah..

Since aku kecik, sampai la umur aku dh meningkat ‘remaja’ skrg ni, masalah ni still ada.smpi kalau aku pakai kasut...sure aku nk jln pun ssh sbb yela kaki aku dh berpeluh- peluh..last aku tya doktor hari tu dia soh aku wat pemeriksaan darah...tapi smpi skung aku msh xpi check..


Konklusi:
1. Jgn meminggirkan orang2 yg seperti kami
2. Berpeluh itu sihat kerana membuang hasil perkumuhan dari badan.
3. Jgn la lepas ni xde org mau salam ngn aku lagi huhu

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih kita?




Pernah x korg terpikir perlu atau pun x kita mengetahui siapa ex-BF atau ex-GF.sedang aku lepak2 kat dlm bilik tiba-tiba terlintas dalam fikiran samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.tapi bila dh tau akan menyakitkan psgn kita...

Bagi pendapat aku, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook or Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!

Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.

dan ade kekurangan plak bila kita tau sbb nanti ade la plak yg membeza2kan...padahal bila kita dh bercinta ngn psgn kita..xkan kita nk pk org len plak...apa yg ptg hati.

Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada

Tuesday, July 7, 2009

hectic

hr ni rs cam bz gile...tp xtau nk wat yg ne dulu..so nmpk cm xbz..
nk wat pembelian pc tuk sofnet meeting..sbt psl sofnet meeting ni ade je yg xkena...tp apa leh wat...nama pun keje..

hr ni it dilanda banjir buat kali kedua.kesian boss kat it.en fizal siap leh wat kapal layar..comey2,en fizal siap soh aku check bwh almari dia kot2 ade buih..tp aku tgk xde pun

dlm kul 10lebih dtg le org kejuruteraan tuk siasat tp xde apa2 pun...sehinggala ade satu mamat cina(plumber) dia kata dulu bilik kak ina bilik laundry...kami terpinga2 sbb xtau..aku lagi la xtau..sbb aku kan staff baru..

mamat cina ni ngn en fizal g kluar n akhirnya jumpa punca kejadian....

akhirnya....sume org leh baca

akhirnya aku create blog yang sume org leh baca...
sebenarnya aku bukan reti sgt bda2 ni berbanding ngn opismate aku yg sgt terror dlm aktiviti wat blog niii....xkesahla..
apa yg ptg aku ade blog..yela aku asyik kena drop je...
segan plak dibuatnya

apa2 pun kalau de yg kurang tolong2 ajarkan...